Wednesday, August 29, 2012

Tersepit Antara Dua


Pagi tadi di sekolah, ramai rakan yang bertanya tentang perpindahanku. Eh, siapa yang pindah ni? Bukan Mrs. 3G ke? Adeh, gara-gara status di Facebook, semua orang sangka tuan empunya blog yang dapat pindah balik Semenanjung. Ketawa sungguh-sungguh tadi. Hahaha.. Siapalah yang sebarkan gossip tu ye?

Haish, September nanti, permohonan untuk pertukaran antara daerah/negeri akan dibuka. Tapi hati ini tersepit antara dua sama ada mahu memohon, atau tidak perlu memohon. Bukan apa, terfikir pula kalau-kalau pertukaran diluluskan. Siapa yang nak ganti ajar ICT? Siapa yang nak ganti ajar Matematik? Jauh di lubuk hati, sukakan sekolah ini. Tak terlalu sibuk. Pelajar yang boleh tahan. Tapi dek keluarga yang jauh di seberang, memang kena balik juga suatu hari nanti.

Kalaulah Sabah ni ‘satu’ tanah dengan Semenanjung, memang akan di sini sampai bila-bila mungkin. Apalah nasib, kekasih hati jauh di Semenanjung. Jawapannya, memang kena balik juga la..

No comments: