Tuesday, August 28, 2012

Kehilangan


Sejak kebelakangan ini, hati ni mudah sangat rasa sayu. Teringatkan keluarga yang jauh di mata. Dan kadang-kadang teringatkan jodoh ku yang tidak tahu kesudahannya. Harap sangat dapat mesej daripada dia! Huhuhu.. Nasib baik lah semangat untuk mengajar masih ada. Kalau tak, terkontang-kantinglah budak-budak ni kat kelas.

Hari pertama persekolahan lepas cuti penggal pula, dapat satu berita. Boleh dikatakan berita baik, dan boleh juga dikatakan berita tidak berapa baik. Seorang kawan baik akan bertukar sekolah ke salah sebuah sekolah di negeri Selangor. Dia memang dah lama memohon untuk bertukar. Akhirnya, dapat la juga dia dekat dengan suami tercinta. Sebagai seorang kawan, sudah tentu lah patut gembira dengan berita tersebut. Ya, memang gembira! Tapi, jauh di sudut hati, tetap rasa sedih. Dia merupakan seorang sahabat yang sangat baik dan peramah. Boleh diakatakan, semua orang sukakan dan sayangkannya. Kami berkenalan pada Ogos/September 2010. Tapi perasaannya seperti dah lama berkenalan. Pendek kata, suka sangatlah kawan dengan dia. Bila ingat-ingat balik semua memori, rasa sangat kehilangan. Oh Tuhan, kuatkanlah semangatku!

Apa-apa pun, Selamat Berjaya sahabat!

No comments: